Baru-baru ini sebuah Taman Tema di Sichuan China dengan tanpa segan silu menciplak robot saiz sebenar Gundam. Jurucakap Taman tema tersebut dengan tegas mengatakan robot barwarna kuning tersebut bukan Gundam. Ia sekeras-keras menafikan sebarang persamaan dengan Gundam dan menegaskan ia adalah rekaan pemilik Taman tema itu sendiri.
Tugasan murid-murid pada hari ini adalah untuk mencari perbezaan antara yang Gundam palsu dan yang tulen:-
Daripada celahan dedaun pokok robot buatan China cuba menyakinkan kita bahawa rekabentuk robot ini adalah tulen tanpa sebarang peniruan daripada mana-mana. (Iye ke?)
Namun adakah keterangan pereka robot China disini boleh diterima bulat-bulat?! Adakah anda dapat membuat perbezaan antara kaca denga permata?.
![]() |
Saya tulen bang... |
Kesimpulannya, didunia ini manusia ada bermacam-macam perangai. Ada yang masih berkeras cuba menegakkan benang yang basah. Ada insan yang tidak mengaku salah walaupun ia sudah terang lagi bersuluh. Ada manusia yang tidak merasa bersalah walaupun telah mencuri hakcipta orang lain.
Ringkasnya 'Hanya Jauhari yang mengenal Manikam'
0 comments:
Post a Comment