- Gundam adalah nama khas bagi robot gergasi @ mecha yang dicipta oleh Sunrise studios pada 1979 bagi rancangan kartun bersiri.
- Awalnya dikenali sebagai 'Freedom Fighter Gunboy' kerana animasi yang bertemakan perjuangan kemerdekaan oleh robot bersenjata. Ia seterusnya diringkaskan kepada 'Gunboy'.
- Seterusnya pereka konsep dan animator siri tersebut iaitu Yoshiyuki Tomino dan Hajime Yatate telah menggabungkan perkataan 'Gun' (senjata) dengan 'Freedom' (kebebasan) sebagai identiti khas hero robot siri tersebut.
- Gundam memperjuangkan idea kebebasan dan kemerdekaan melalui kecanggihan robot-robot bersenjata yang dikawal dari dalam kokpit gundam oleh individu muda (shonen).
- Siri Gundam telah membuka mata dunia kepada teknologi rekaan robot sebagai senjata peperangan (atau anti peperangan) yang realistik sejak tahun 1980an.

Pada 2009 sambutan memperingati Ulangtahun ke 30 Gundam dilancarkan dengan promosi dan pertandingan Gunpla. Semoga Gundam akan terus berkembang dan mempunyai masa hadapan yang gemilang.
0 comments:
Post a Comment