![]() |
Tok Guru Sempoi |
Rakan-rakan tahu apa yang dimaksudkan dengan 'Ver-Ka' yang tertera pada kotak setiap model Gundam?
Sebelum itu Awanz J perkenalkan salah seorang Tok Guru modeler bernama Hajime Katoki. Beliau adalah pakar dalam rekaan mekanikal. Dilahirkan pada 1963 bakat beliau dalam penciptaan model Gundam mula diiktiraf oleh Bandai. Sifat beliau yang menekankan penelitian pada perincian dan pakar didalam menyeimbangkan pembahagian anatomi robot telah menarik minat Bandai. Beliau telah ditugaskan untuk menaik taraf dan memodifikasikan model Gundam.
Sebagai pengiktirafan kepada bakat beliau pihak Bandai telah mengeluarkan siri model plastik Gundam 'Ver Ka' @ Versi Katoki khusus bersempena nama Hajime Katoki.
Model Ver Ka biasanya dikeluarkan dalam siri Master Grade 1/100 dan ia merujuk kepada produk dimana Katoki adalah pereka dan, pengarah model tersebut. Ini bermakna beliau secara peribadi memantau proses pembuatan model tersebut terutama skema warna yang digunapakai.
Ringkasnya Ver Ka adalah hasil tangan peribadi beliau. Selain daripada itu Katoki juga aktif didalam rekaan permainan komputer antaranya 'Virtual On' dan filem animasi 'Patlabour 2'.
![]() |
Gundam sedia untuk berlepas |
Rekaan Katoki sinonim dengan sifat tegap dan teguh mecha atau Gundam. Lukisan diorama Katoki memberi gambaran realiti Gundam sekiranya wujud di bumi. Menurut beliau dengan mengambarkan Gundam dialam nyata, ia dapat membantu manusia menghayati, memahami dan seterusnya menerima kehadiran Gundam di muka bumi kelak.
Berikut adalah antara hasil ilustrasi Hajime Katoki yang realistik bertahap dunia.
![]() |
RX78 2 diselenggara di lapangan terbang |
![]() |
Memelihara keamanan di pasar air Hong Kong |
![]() |
Jalan di tutup: Kerja menaiktaraf sedang berjalan |
0 comments:
Post a Comment