30 tahun berlalu sejak Bandai mula-mula memperkenalkan model plastik Gundam. Bermula daripada sekadar cenderamata animasi kini model plastik Gundam telah berkembang pesat menjadi satu industri. Bandai memegang hak mutlak bagi pembuatan model plastik ini.
Tahukah kawan-kawan bahawa resipi atau cara pembuatan model plastik Gundam masih menjadi rahsia sehingga kini. Tiada siapa yang tahu cara membuat Gundam kecuali Bandai. Sebab itulah Bandai boleh berbangga kerana model plastik Gundam merupakan 100% produk keluaran Jepun sepenuhnya!
![]() |
Satu-satunya kilang Bandai di Jepun untuk pasaran seluruh dunia! |
Setiap model plastik Gundam diseluruh pelusuk dunia berasal daripada sumber/ kilang yang satu. Bandai memfokuskan proses pembuatan model ini di kilang tunggalnya yang dikenali sebagai 'Bandai Hobby Center'.
Kilang yang terletak di Shizuoka ini tidak dibuka kepada orang awam langsung dan tidak boleh dilawati sewenang-wenangnya. Ini kerana Bandai menganggap ia sebagai tempat keramat kelahiran setiap model plastik Gundam bagi seluruh dunia. Bandai juga menghadkan kemasukan pelawat ke kilang ini demi memelihara suasana kerja yang memerlukan penelitian 110% pada setiap masa.


Polisi Bandai yang sangat berahsia tentang kaedah dan cara penghasilan model plastik ini menjadikan Gundam sebagai produk eksklusif Jepun. Setiap Gunpla yang memiliki sebarang model Gundam asli pasti berasa bangga apabila mengetahui bahawa ia adalah sebahagian daripada keluarga besar Gundam yang melata di muka bumi.
0 comments:
Post a Comment