Sekolah penuh pancaroba. Pelajar sentiasa diuji dengan cabaran hidup. Peperiksaan, pertandingan sukan dan kuiz silih berganti menduga kesabaran. Namun Tuhan menciptakan manusia dengan akal dan keteguhan hati yang kental. Kita sebagai pelajar terpilih khususnya di 'Sekolah Gundam' tidak boleh berputus asa. Sesi 2011 baru bermula.
Semangat juang pelajar Sekolah Gundam ini mungkin menjadi inspirasi kepada Yushiyuki Tomino iaitu pencipta Mobile Suit Gundam untuk mencipta monumen @ tugu Gundam.
![]() |
Gundam phone home |
Pada 23haribulan Mac 2008 monumen Gundam telah dibina di stesyen keretapi Kamigusa, Jepun. Monumen Gundam RX78-2 digayakan dengan cara jari telunjuk yang menunding ke langit. Ia mengambarkan tentang harapan manusia untuk terus mara ke hadapan. Menurut Tomino ia menunjukkan mesej utama Gundam iaitu 'teknologi daripada Bumi'.
Monumen Gundam ini mengambarkan sinar harapan yang cerah untuk manusia. Ia seolah berkata walau apa pun rintangan dan ranjau yang mendatang umat manusia akan sentiasa bersedia untuk menempuhnya. Hidup mesti diteruskan. Monumen yang menakjubkan yang memungkinkan pelbagai terjemahan yang memberi inspirasi kepada pelajar di Sekolah Gundam.
Hayati mesej keazaman yang ingin disampaikan pada Tugu Gundam diatas. Sekolan Gundam sentiasa menyokong pelajar yang bersemangat dan bermotivasi seperti anda. Ayuh cabaran 2011: Bring it On!
0 comments:
Post a Comment