Jadual Matapelajaran Harian 2011

  • Watak animasi
  • Tahukah Anda?
  • Sertai Blog & Hadiah
  • Kuiz & Hadiah
  • Definasi Gundam
  • Cara membina Model Aksi

Langkah memasang Gunpla

Tuesday, June 1, 2010

Saiz paling ideal 1:100
Langkah 1: Pilih model Gundam yang memenuhi citarasa anda. Sebagai permulaan pilihan model berskala 1:100 adalah dicadangkan kerana ianya agak lebar/ besar namun terperinci dan mudah dipasang.. 
Blok plastik



Langkah 2: Perhatikan komponen plastik dan kenalpasti nombor kod mewakili anatomi badan Gundam. Komponen tersebut perlu diceraikan terlebih dahulu daripada bingkai plastik sebelum dicantumkan.
Panduan berbahasa Jepun

Rujuk buku panduan sebelum potong
Langkah 3: Rujuk pada buku panduan berbahasa Jepun. Selidik kod-kod yang dipadankan pada model Gundam.  Potong  komponen plastik  1 per 1 dengan merujuk buku panduan. Seterusnya cantumkan bahagian komponen plastik menjadi robot.
Haiyah! kini tiba masanya Kyrios beraksi
Langkah 4: Setelah beberapa jam/ hari mencantumkan komponen plastik. Hasilnya adalah miniture model Gundam lengkap dan sedia untuk dipamerkan. 

PERINGKAT PAKAR GUNPLA
Gunpla yang mahir tidak akan mempamerkan model Gudam tanpa membuat sebarang modifikasi. Modifikasi tersebut memberi identiti khusus kepada Gunpla seseorang.

Langkah 5: Melicinkan dan mengilap permukaan Gundam agar lebih menyinar. Ia juga dapat menghilangkan kesan pemotongan dan calar.
.
Langkah 6: Melekatkan pla plate pada bahagian tertentu Gundam. Ia bertujuan untuk mengubah struktur badan Gundam. Sebagai contoh pla plate ditambah pada bahagian peha Gundam agar ia menjadi lebih tinggi dan tegap.


Air compressor
Langkah 7: Mengecat Gundam dengan cara berus cat atau dengan  menggunakan berus angin (air brush)




Langkah 8: Melukiskan garisan panel pada permukaan Gundam.
Arrgh... Jangan conteng muka aku!
Langkah 9: Melekatkan pelekat/ decal pada Gundam.

Walau apa pun kaedah pemasangan Gunpla yang anda pilih ingatlah bahawa ketekunan dan kesabaran sangat penting dalam menilai hasil kerja anda. Jika tidak sabar dan cincai maka Gundam anda pasti buruk dan tidak kemas pemasangannya.

1 comments:

FahmiYun said...

assalamualaikum bang
tak ade cara lain ke nak colour gundam
selain daripda air brush
bleh x pkai colour lain?

Post a Comment

 

Iklan

Some Contents