Serangan berat sebelah Zeon terhadap bumi menjadikan the Earth Federation terdesak. Zeon dilengkapi kekuatan robot mobile suit manakala bumi hanya memiliki tentera biasa. Namun dalam diam pihak bumi telah menubuhkan Operation V di lokasi Side 7. Misi rahsia Operation V adalah mengkaji dan mencipta robot mobile suit khusus bagi menangkis serangan Zeon.
Kejayaan terawal Operation V adalah penciptaan pedang sinar laser dan meriam kapal yang boleh dipadankan dengan mobile suit. Seterusnya 3 model cubaan (prototype) disiapkan iaitu:
1. RX-75 Guntank dipandu oleh Ryu Jose
2. RX-77 Guncannon dipandu oleh Kai Shiden
3. RX-78 Gundam
Malangnya sebelum ketiga-tiga model cubaan ini beroperasi Side 7 telah diserang Zeon. Zeon nyata terkejut apabila mendapat tahu projek rahsia Operation V tersebut. Mereka segera melancarkan serangan bagi memusnahkan model cubaan tersebut. Pada saat kritikal ini Amuro Ray secara bidan terjun memasuki kokpit RX-78 2 Gundam.
18 September 0079 Universal Century akan terus menjadi tarikh keramat PERTEMPURAN PERTAMA MOBILE SUIT ZEON VS MOBILE SUIT GUNDAM. Pertempuran hidup dan mati antara askar terlatih Zeon dengan orang awam Side 7. Kemahiran Amuro Ray mengendalikan RX Gundam dalam tempoh singkat sangat mengagumkan. Justeru setelah Amuro Ray memenangi pertempuran tersebut beliau terus ditabalkan sebagai pemandu rasmi model RX 78 Gundam.
0 comments:
Post a Comment