Pasti anda terperasan tentang kewujudan 2 jenis model Gundam di pasaran. Model Gundam tersebut amat mirip NAMUN mempunyai harga yang jauh berbeza.
PENGUMUMAN: Model Gundam Murah adalah TIRUAN! Gundam asli adalah yang dikeluarkan oleh hanya 1 syarikat iaitu Bandai.
PENGUMUMAN: Model Gundam Murah adalah TIRUAN! Gundam asli adalah yang dikeluarkan oleh hanya 1 syarikat iaitu Bandai.
Gundam tiruan keluaran TT HONGLI adalah produk China. Tiada maklumat rasmi tentang syarikat TT Hongli tetapi ia sangat popular dikalangan Gunpla yang kurang berkemampuan sebab ia sangat murah.
Bandai telah pun menyaman TTHongli kerana mencuri hakcipta namun kerana permintaan yang tinggi Gundam TTHongli masih mudah diperolehi dipasaran gelap.
Kekurangan Gundam TTHongli adalah ia berwarna kusam dan amat kasar. Proses pasang siapnya pula tidak menjanjikan hasil yang terbaik. Permukaan model tidak sekata dan susah untuk dicantumkan.
Dari sudut positif Gundam TT Hongli sesuai untuk diubahsuai kerana seseorang Gunpla tidak terkilan untuk memotong @ memecah @ menghancurkan Gundam tiruan (hehe). Ia juga sesuai untuk dihadiahkan kepada Gunpla bawah umur dan sebagai bahan uji kaji bagi kerja mewarna 'air brush'.

GUNPLA sejati hanya memilih BANDAI. Say NO to IMITATION. Hargai Hak Cipta.
0 comments:
Post a Comment