Masyarakat majmuk Malaysia hidup aman dan damai. Adatlah bertengkar sikit-sikit tapi jangan sampai bergaduh. Rakan-rakan mesti ingat semakin kita dewasa semakin banyak masalah dan konflik timbul.
Sebagai rakyat Malaysia kita wajib berusaha untuk saling mengenali, menghormati dan memahami antara satu sama lain. Jangan cari salah dan perbezaan tapi carilah persamaan antara kita. Sebenarnya hobi Gunpla/ Gundam adalah antara titik penyatuan kita. Kita saling mengenali dengan rakan yang berkongsi minat. Tambahan lagi Gundam bersifat global kerana ia tiada sempadan & diminati oleh masyarakat di serata dunia.
![]() |
Teknologi menjurus keamanan |
Gundam membawa unsur masyarakat timur & sejagat. Gundam Seed mengajar dunia erti persahabatan antara Kira Yamato dengan Athrun Zala. Gundam 00 pula mendedahkan perjuangan 4 Gundam Meister menamatkan peperangan di bumi. Setsuna FSeiei menunjukkan keazaman mangsa peperangan yang mampu mengubah dunia.
Hayati perjuangan Gundam. Cintai Kedamaian. Persoalannya; Gundam akan kita pandu kearah kebaikan @ kehancuran? Hidup 1 MALAYSIA. (pesanan khidmat masyarakat oleh Awanz)
1 comments:
Hebat lah awak hebat habis !!!
Post a Comment