![]() |
Mesti jadi Jutawan baru boleh beli saya hehe |
Bersempena dengan Expo Basel World 2007 iaitu Pameran Jam dan Barang Kemas Terbesar Sedunia di Basel, Switzerland, Bandai Co Ltd dengan beraninya mengumumkan usahasama dengan Ginza Tanaka Jewelery untuk menghasilkan "GUNDAM FIX PLATINUM"!
Strategi Bandai sebenarnya sangat bijak kerana ia berjaya mempromosikan Gundam kepada dunia golongan elit. Gundam RX-78 2 dalam versi platinum tulen berwarna perak cerah memberi simbol entiti Gundam yang tidak dimamah usia, tulen, prestig dan unggul. Gundam Fix Platinum hasil cantuman 89 bahagian anggota badan pula membuktikan ketelitian dan hasil seni yang tidak ternilai.
Gundam Fix Platinum tidak ditawarkan untuk dijual namun anggaran harga pasarannya adalah 30 million yen (sekitar US$250,000). Ia adalah produk Gundam termahal dan paling unik. Ia diperbuat daripada 1,400 gram platinum tulen. Model ini yang direka dan diilhamkan oleh Hajime Katoki sendiri mengambil masa 2 tahun untuk diciptakan. Model ini adalah setinggi 125 mm dan seberat 1.4kg. Selain daripada stuktur binaan model ini yang diperbuat daripada platinum bahagian sisi kepala pula ditakhtakan dengan berlian 0.15 karat.
Gudam termahal ini dipamerkan daripada 12 hingga 19 April 2007 dan seterusnya akan disimpan oleh Bandai. Awanz percaya model ini pasti mendapat perhatian dan komen yang positif daripada golongan atasan. Moga-moga ada antara kita yang mampu memilikinya satu hari nanti hehe.