Jadual Matapelajaran Harian 2011

  • Watak animasi
  • Tahukah Anda?
  • Sertai Blog & Hadiah
  • Kuiz & Hadiah
  • Definasi Gundam
  • Cara membina Model Aksi

Berapa banyak saiz Gunpla?

Friday, May 21, 2010

Pening-pening *?@!# Kenapa ada banyak sangat saiz Gundam? Ada yang besar  bagak dan ada yang comel lote. Mana satu nak pilih? Sebenarnya "tepuk dada tanya selera". Sebelum buat pilihan rakan semua mesti tahu yang  saiz Gundam terbahagi kepada  5 kategori iaitu:-
Beratur sebelum masuk kelas hehe...

1. Skala 1:144: Ia adalah skala pertama diperkenalkan Bandai. Ia muncul pada 1980. Pergerakan sendi-sendi model adalah terbatas. Juga dikenali sebagai 'No Grade' atau 'Perfect Grade'. Pada 2010 model terbaru dan lebih terperinci yang dikenali sebagai 'Real Grade' diperkenalkan. 
 
2. Skala 1:100: Muncul pada 1979 dengan RX-78 sebagai model pertama. Ia dikenali sebagai 'High Grade' dan 'Master Grade'. Ia telah siap diwarnakan lengkap dengan butiran terperinci. Ini memang model yang paling 'real' dan cantik. 
 
3. Skala 1:60: Model yang lagi terperinci. Model ini memang besar dan dilengkapi mentol LED bagi menimbulkan suasana dramatik. Ia dikenali sebagai 'High Grade EX' dan 'Perfect Grade'. 
    Adik bongsu hingga ke sulong
 
4. Skala 1:48: Mula diperkenalkan pada tahun 2010. Ia adalah saiz terbesar dan dikenali sebagai 'Mega Size Model'. Ia sama besar dengan orang dewasa. 
 
5. Super Deformed (SD): Model Gundam bersifat yang comel dan kecil. Saiz kepala  Gundam lebih besar daripada badan. Wajah Gundam yang besar memaparkan ekspresi emosi seperti gembira atau marah. 
 
*Bosan pulak bila pikir kan saiz Gundam yang macam-macam. Belasah je lah. Tapi nasihat saya, anda yang baru nak berjinak-jinak dengan Gunpla mesti bermula dengan model bersaiz 1:144.

0 comments:

Post a Comment

 

Iklan

Some Contents