Jadual Matapelajaran Harian 2011

  • Watak animasi
  • Tahukah Anda?
  • Sertai Blog & Hadiah
  • Kuiz & Hadiah
  • Definasi Gundam
  • Cara membina Model Aksi

Tahap Kemahiran Gunpla

Monday, May 24, 2010

Hai rakan Gunpla semua,  sebenarnya peminat model plastik Gundam pun ada darjat tertentu tau.   Bukan semua Gunpla sama statusnya. Ada yang  berhingus  dan ada yang pakar. 

Tahap kemahiran Gunpla bergantung pada daya imaginasi dan kemahiran berkarya individu.  Senang cakap tak mudah untuk menjadi pakar dalam Gunpla woo... 

Sebenarnya Gunpla lebih rumit berbanding hobi model kereta, jet atau bot kerana ia bergantung sepenuhnya kepada objek fantasi. Tiada robot sebenar untuk dirujuk. Sebab itu setiap model Gundam unik dan original.
Secara asasnya tahap kemahiran Gunpla boleh dibahagikan kepada 3 tahap/ kategori iaitu:-

1. Pasang siap (Snap fitting) : Ia adalah kemahiran asas yang diperlukan bagi pengamal. Cuma ceraikan komponen model dan cantumkan berpandukan manual. Hasilnya adalah model yang lengkap tetapi kusam dan kurang bermaya.
 
 2. Penelitian (Detailing) : Tahap kedua iaitu setelah peminat Gunpla mula mewarnakan garisan pada panel model Gundam. Ia bertujuan untuk menimbulkan kesan tegap dan gah pada model. Garisan halus pada panel model diwarnakan menggunakan pen khas Gundam.
 
3. Modifikasi: Peringkat tertinggi dimana pengamal akan membuat penambahan garisan pada panel model Gundam. Ia seterusnya digilap, ditambah dengan 'pla plate' dan diwarnakan. Sendi-sendi model juga ditokok tambah supaya pergerakan model lebih fleksibel. 
Mari ke mari kawan ku. Cuba dulu baru tahu.
 
    Sebagai peminat Gunpla yang baru berjinak cuba kuasai teknik pasang siap terlebih dahulu. Selepas itu barulah memikirkan  untuk mengubahsuai Gundam secara berperingkat. Hobi Gunpla tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Just do it!

    AYUH mari mencuba membina Gundam anda sendiri!


    1 comments:

    Post a Comment

     

    Iklan

    Some Contents