Jadual Matapelajaran Harian 2011

  • Watak animasi
  • Tahukah Anda?
  • Sertai Blog & Hadiah
  • Kuiz & Hadiah
  • Definasi Gundam
  • Cara membina Model Aksi

Apa di dalam Kotak?

Tuesday, May 18, 2010

Bestnya kalau dapat ni semua!
Rakan-rakan pasti pernah melihat timbunan kotak-kotak Gundam di pasaraya. 

Rakan pasti tertanya: Apa dalam Kotak? 
Mari kita selesaikan misteri ini jeng..jeng ...jeng.  Jom Bongkar!

Bila kita jengok dalam kotak jangan terkejut bila tengok tiada robot Gundam pun! Apasal hanya ada blok-blok plastik? Releks... anda bukan mangsa penipuan. Sebenarnya ini dinamakan "Proses membina robot Gandam". 3 benda yang anda jumpa dalam kotak adalah:-


1. Buku Panduan Pemasangan. Amaran! Jangan terkejut kerana ia ditulis dalam Bahasa Jepun. Cabarannya adalah kita kena Rujuk gambar dan bina!


2. Kepingan Blok plastik model. Releks jangan panik bila tengok ada banyak blok plastik.  Anda pasti takjub sebab blok inilah yang akan "dicantumkan satu demi satu" dan menjadi robot Gundam.  
 

3. Pelekat/ Sticker/ Decal. Aksesori tambahan untuk mencantikkan robot Gundam.


Perhatian!: Jangan salah faham bila rakan-rakan dapati model Gundam yang telah dicantumkan kelihatan kusam, lesu  dan TIDAK SAMA dengan foto model Gundam pada kotak? 

Sebenarnya foto pada kotak adalah rupabentuk Gundam setelah PROSES UBAHSUAI. Ini bermakna anda mesti menggunakan kreativit seperti mewarna, melukis garisan, mengilat dan melekatkan sticker tambahan. Kreativiti anda  yang akan membuatkan model Gundam anda unik.

0 comments:

Post a Comment

 

Iklan

Some Contents