Jadual Matapelajaran Harian 2011

  • Watak animasi
  • Tahukah Anda?
  • Sertai Blog & Hadiah
  • Kuiz & Hadiah
  • Definasi Gundam
  • Cara membina Model Aksi

Pemotong; Alatan wajib Gunpla

Wednesday, May 26, 2010

Aksesori Gunpla profesional seperti anda
Gunpla sejati mesti mempunyai perkakas khusus. Bagi yang pemalas cara yang cincai adalah dengan memulaskan komponen plastik sehingga tertanggal daripada blok plastik. Awas! kaedah memulas ini bahaya dan boleh mencederakan jari. 

Bagi Gunpla yang berdedikasi dan profesional berikut adalah perkakasan wajib/ asas iaitu:-
  1. Pemotong (Cutter)
  2. Pengasah (Sanding tools)
  3. Pisau
  4. Kertas pasir
  5. Gundam marker
Teknik pemotongan sisi
Perkakasan yang paling penting adalah Pemotong (Cutter). Pemotong ini hanya boleh didapati di kedai menjual peralatan hobi. Ia mempunyai mata yang runcing dan tajam

Penggunaan pemotong yang sesuai memastikan komponen plastik Gundam dapat dipisahkan daripada blok-blok plastik dengan kemas. Ia juga mengelakkan kecederaan pada jari dan yang paling penting anda kelihatan profesional

Kerja pemotongan blok plastik mesti dilakukan dengan teliti dan tekun. Usah tergesa-gesa dan pastikan anda tidak memotong kepingan plastik yang salah. Sentiasa rujuk pada buku panduan pemasangan model Gundam agar tidak tersilap memotong komponen plastik.  

0 comments:

Post a Comment

 

Iklan

Some Contents