Jadual Matapelajaran Harian 2011

  • Watak animasi
  • Tahukah Anda?
  • Sertai Blog & Hadiah
  • Kuiz & Hadiah
  • Definasi Gundam
  • Cara membina Model Aksi
0 comments

Gundam Tiruan China

Tuesday, January 25, 2011

Baru-baru ini sebuah Taman Tema di Sichuan China dengan tanpa segan silu menciplak robot saiz sebenar Gundam. Jurucakap Taman tema tersebut dengan tegas mengatakan robot barwarna kuning tersebut bukan Gundam. Ia sekeras-keras menafikan sebarang persamaan dengan Gundam dan menegaskan ia adalah rekaan pemilik Taman tema itu sendiri.

Tugasan murid-murid pada hari ini adalah untuk mencari perbezaan antara yang Gundam palsu dan yang tulen:-


Daripada celahan dedaun  pokok robot buatan China cuba menyakinkan kita bahawa rekabentuk robot ini adalah tulen tanpa sebarang peniruan daripada mana-mana. (Iye ke?) 
Namun adakah keterangan pereka robot China disini boleh diterima bulat-bulat?! Adakah anda dapat membuat perbezaan antara kaca denga permata?.
Saya tulen bang...
Kesimpulannya, didunia ini manusia ada bermacam-macam perangai. Ada yang masih berkeras cuba menegakkan benang yang basah. Ada insan yang tidak mengaku salah walaupun ia sudah terang lagi bersuluh. Ada manusia yang tidak merasa bersalah walaupun telah mencuri hakcipta orang lain.

Ringkasnya 'Hanya Jauhari yang mengenal Manikam'
 
0 comments

Animasi Terbaru Gundam: Gunpla Builders

Thursday, January 20, 2011

Mari sama-sama bina Gundam
Pengumuman kepada anda 'penggila' Gunpla semua. Setelah sekian lama kita asyik mempraktikkan kemahiran membina model plastik gundam akhirnya amalan dan hobi kita diiktiraf oleh anime Jepun. Buat julung kalinya pada Ogos 2010 siri animasi mengangkat seorang Gunpla sebagai protagonis/ hero. Sunrise telah melancarkan siri terbaru Gundam yang dikenali sebagai 'GUNPLA BUILDERS; Begining G'

Ia mengisahkan seorang budak bernama Hal Irei yang memasuki dunia  pertarungan  model Gundam setelah dipertemukan dengan model sakti bernama 'Beginning Gundam'. Sedikit demi sedikit Hal Irei memperolehi 'kuasa membina model plastik Gundam'. Model tersebut seterusnya  dimodifikasikan bagi menambah kuasa dan seterusnya bertarung dengan model Gunpla yang lain.
Sekali imbas jalan ceritanya ditujukan untuk kanak-kanak. Tiada pertikaian politik, agama dan falsafah keamanan diketengahkan. Namun ia sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh golongan dewasa yang ingin mendalami teknik modifikasi Gunpla. 
 
Kanak-kanak yang biasanya hanya terdedah dengan animasi berunsur pertarungan yo-yo, kereta kawalan jauh dan kad-kad pertarungan maya kini diajar tentang teknik menaik taraf model Gundam.  Teknik membina Gunpla sememangnya sesuatu yang menarik dan luas untuk dipelajari semua.

Animasi Gundam untuk Gunpla! Pengiktirafan untuk kita semua penggila Gundam. Rancangan animasi ini semestinya diiktiraf dan digalakkan sebagai kokurikulum Sekolah Gundam.
6 comments

Hukum menyimpan replika Gundam

Tuesday, January 18, 2011

Rakan pasti tertanya adakah patung Gundam dihalalkan oleh Islam. Bagi Awanz Gundam adalah satu perhiasan dan permainan. Pada dasarnya Islam mencintai keindahan. Oleh itu tidak mengapa seorang muslim menghias rumahnya dengan berbagai dekorasi yang tampak indah dan nyaman dipandang mata. 
Kami hanya mainan & perhiasan dunia. (Tak lebih dari itu)
Namun Islam juga memberikan batasan agar dekorasi dan perhiasan yang dipasang tidak berlebihan, tidak menjadi simbol kemewahan dan kesombongan, serta tidak merosak nilai-nilai tauhid. Kita ditegah daripada memuja Gundam.

Patung di dalam rumah menjadi sebab larinya malaikat dari rumah. Rasulullah saw bersabda, "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang berisi patung." (HR Bukhari dan Muslim) Hal ini kerana rumah yang berisi patung menyerupai sikap orang kafir di mana mereka mengagungkan patung tersebut.

Namun demikian, jika patung tersebut tidak diagungkan dan tidak dimaksudkan sebagai simbol kemewahan, maka sebahagian ulama memperbolehkan. Misalnya adalah patung yang dijadikan mainan oleh anak-anak seperti boneka. Sayyidah Aisyah ra berkata, "Waktu itu saya bermain boneka di samping Rasulullah saw. Teman-temanku datang dengan sembunyi-sembunyi karena takut kepada beliau. Lalu beliau berbisik agar mereka datang. Maka, mereka pun datang untuk bermain bersamaku." (HR Bukhari dan Muslim).

al-Qadhi Iyadh berkata, "Bermain boneka bagi anak-anak perempuan mendapat keringanan hukum." 

Jadi, pada dasarnya patung secara umum dilarang untuk dibuat, dijual beli, dan disimpan di rumah. Terkecuali adalah patung yang berupa mainan atau boneka. Awanz berpendapat selagi kita tidak mengagung-agungkan koleksi Gundam maka ia dibolehkan oleh Islam. Anggaplah Gundam sebagai mainan dan hasil kraftangan. Wallahuallam bissawab. 
0 comments

Persaingan RX 78-2 vs Optimus Prime

Friday, January 7, 2011

Gempak gile gua posing camni hehe
Tanggal 24 Julai 2010 lepas model saiz sebenar RX78-2 versi ke-2 secara rasminya dilancarkan untuk tatapan umum di Shizuoka Park, Jepun. Replika Gundam setinggi  59 kaki (18 meter) ini dibina bersempena sambutan 30 tahun Gundam. 
 
Berbanding dengan model RX78 2 di Odaiba pada tahun 2009, versi ke-2 ini dilengkapi 'pedang laser' dan dibina dihadapan muzium sementara bagi memperingati 50 tahun perkembangan industri model plastik Jepun yang tertumpu di bandar Shizuoka. RX78 2 versi ke-2 tampak lebih terperinci dan kukuh dengan aura 'pelindung keamanan sejagat'. Ia akan dipertontonkan kepada umum sehingga 27 Mac 2011. 

Sementara itu tidak jauh daripada Jepun sebuah negara pesaing iaitu China dalam diam-diam sedang melaksanakan projek robot rahsia. Tanpa sebarang publisiti tiba-tiba pada 15 Julai 2010 telah terlebih dahulu melancarkan model saiz sebenar Optimus Prime daripada siri Transformer!. 
 
Ia dibina di Green Dream Park Beijing oleh pejuang pemelihara alam sekitar. Fakta yang lebih mengagumkan adalah Optimus Prime tersebut dibina hasil cantuman  bahan kitar semula seberat 6 tan yang terdiri daripada kereta, lori dan jentolak terpakai. Dengan ketinggian lebih kurang 40 kaki (12 meter), Optimus Prime tersebut kelihatan lebih lasak dan ganas. Ia tampak seolah-olah wira yang baru pulang daripada pertempuran besar setelah mengalahkan beribu-ribu musuh. 

Gua robot paling 'macho'
Walupun Optimus Prime jelas lebih kecil berbanding RX78-2 namun mesej yang ingin disampaikan oleh Optimus Prime adalah lebih universal iaitu kepentingan 'kitar semula'. RX78-2 pula membawa mesej yang tidak kurang hebatnya iaitu pencapaian manusia dalam memajukan teknologi keamanan

Bagi Awanz maksud tersirat daripada pembinaan kedua-dua replika robot ini adalah kuasa besar dunia akan sentiasa bersaing bagi membuktikan kehebatan masing-masing. Semoga persaingan yang ditunjuk oleh Jepun dan China ini akan kekal bersifat membangun. Moga persaingan antara Zeon dengan Earth Federation tidak akan menjadi realiti di dunia ini.            
0 comments

Kerjasama Gundam & Korporat

Wednesday, January 5, 2011

Bandai tidak pernah ketandusan idea untuk mempromosikan produk Gundam. Modus operandi Bandai adalah mengeluarkan edisi terhad Gunpla model RX78 2 dengan skema warna, rekabentuk  dan pelekat yang bersesuaian dengan badan korporat yang berkolaborasi dengannya. Hasil daripada gimik gabungan ini sangat menarik kerana Gundam kini menjadi 'trademark' kepada sesuatu badan korporat tersebut untuk jangkamasa tertentu. 


RX78 2 ver. ANA
7 eleven Gundam
Antara badan korporat yang pernah bergabung dengan Bandai adalah All Nippon Airways (ANA), Seven Eleven dan PEPSI. Model aksi badan korporat tersebut adalah koleksi terhad yang sangat berharga kerana ia hanya boleh didapati dalam tempoh promosi tertentu sahaja. Gimik promosi Bandai adalah antara penyebab Gundam akan tetap relevan pada masa hadapan. 

Pendedahan awal kanak-kanak kepada Gundam

0 comments

2011: Cabaran Sekolah

Sunday, January 2, 2011

Sekolah penuh pancaroba. Pelajar sentiasa diuji dengan cabaran hidup. Peperiksaan, pertandingan sukan dan kuiz silih berganti menduga kesabaran. Namun Tuhan menciptakan manusia dengan akal dan keteguhan hati yang kental. Kita sebagai pelajar terpilih khususnya di 'Sekolah Gundam' tidak  boleh berputus asa.  Sesi 2011 baru bermula.
 
Semangat juang pelajar Sekolah Gundam ini mungkin menjadi inspirasi kepada  Yushiyuki Tomino iaitu pencipta Mobile Suit Gundam untuk mencipta monumen @ tugu Gundam.

Gundam phone home
Pada 23haribulan Mac 2008 monumen Gundam telah dibina di stesyen keretapi Kamigusa, Jepun. Monumen Gundam RX78-2 digayakan dengan cara jari telunjuk yang menunding ke langit. Ia mengambarkan tentang harapan manusia untuk terus mara ke hadapan. Menurut Tomino ia menunjukkan mesej utama Gundam iaitu 'teknologi daripada Bumi'.


Monumen Gundam ini mengambarkan sinar harapan yang cerah untuk manusia. Ia seolah berkata walau apa pun rintangan dan ranjau yang mendatang umat manusia akan sentiasa bersedia untuk menempuhnya. Hidup mesti diteruskan. Monumen yang menakjubkan yang memungkinkan pelbagai terjemahan yang memberi inspirasi kepada pelajar di Sekolah Gundam. 
 
Hayati mesej keazaman yang ingin disampaikan pada Tugu Gundam diatas. Sekolan Gundam sentiasa menyokong pelajar yang bersemangat dan bermotivasi seperti anda. Ayuh cabaran 2011: Bring it On!
 

Iklan

Some Contents