Jadual Matapelajaran Harian 2011

  • Watak animasi
  • Tahukah Anda?
  • Sertai Blog & Hadiah
  • Kuiz & Hadiah
  • Definasi Gundam
  • Cara membina Model Aksi
0 comments

Kilang Tunggal Bandai

Saturday, February 19, 2011

30 tahun berlalu sejak Bandai mula-mula memperkenalkan model plastik Gundam. Bermula daripada sekadar cenderamata animasi kini model plastik Gundam telah berkembang pesat menjadi satu industri.  Bandai memegang hak mutlak bagi pembuatan model plastik ini. 

Tahukah kawan-kawan bahawa resipi atau cara pembuatan model plastik Gundam masih menjadi rahsia sehingga kini.  Tiada siapa yang tahu cara membuat Gundam kecuali Bandai. Sebab itulah Bandai boleh berbangga kerana model plastik Gundam merupakan 100% produk keluaran Jepun sepenuhnya!

Satu-satunya kilang Bandai di Jepun untuk pasaran seluruh dunia!
Setiap model plastik Gundam diseluruh pelusuk dunia berasal daripada sumber/ kilang yang satu. Bandai memfokuskan proses pembuatan model ini di kilang tunggalnya yang dikenali sebagai 'Bandai Hobby Center'
 
Kilang yang terletak di Shizuoka ini tidak dibuka kepada orang awam langsung dan tidak boleh dilawati sewenang-wenangnya. Ini kerana Bandai menganggap ia sebagai tempat keramat kelahiran setiap model plastik Gundam bagi seluruh dunia. Bandai juga menghadkan kemasukan pelawat ke kilang ini demi memelihara suasana kerja yang memerlukan penelitian 110% pada setiap masa.

Bandai Hobby Center adalah sebuah kilang yang menyimpan segala rahsia penghasilan model plastik Gundam. Ia sangat misteri umpama Area 51 di Amerika. Rekabentuk dalaman kilang ini sangat futuristik seolah-olah anda berada didalam sebuah kapal angkasa. Pekerja kilang lengkap berpakaian seragam Earth Federation manakala peralatan membuat acuan model plastik seolah robot-robot yang berkeliaran dimerata kilang. Dengan 16 buah mesin suntikan acuan model plastik tercanggih kilang ini berupaya mengeluarkan sebanyak 70 ribu petak model plastik sehari.  Kualiti setiap mutu model dijaga rapi oleh Bandai.

Polisi Bandai yang sangat berahsia tentang kaedah dan cara penghasilan model plastik ini menjadikan Gundam sebagai produk eksklusif Jepun. Setiap Gunpla yang memiliki sebarang model Gundam asli pasti berasa bangga apabila mengetahui bahawa ia adalah sebahagian daripada keluarga besar Gundam yang melata di muka bumi. 
0 comments

Be@rbrick Gundam

Sunday, February 13, 2011

Koleksi patung Be@rbrick adalah variasi daripada versi Kubrik yang sangat terkenal dengan rekabentuk ringkas tetapi unik. Patung Be@brik pernah dibuat berdasarkan karektor Starwars, kumpulan rock Kiss dan lain-lain. Dan yang terbaru Be@rbrick versi Gundam dilancarkan hasil usahasama Pepsi dengan Be@brick.

Gundam versi Kiut Miut



Patung mini Be@rbrick Gundam ini dicorakkan mengikut karektor terkenal Gundam seperti RX78-2, Zaku, Guncannon dan sebagainya. Ia sangat comel untuk dijadikan key-chain atau zip chain. Tapi sayang seribu kali sayang, ia tidak dijual dipasaran. Ia didatangkan percuma dengan setiap pembelian Pepsi Nex Zero. 

Malangnya Pepsi Nex Zero tidak dijual di Malaysia. Oleh itu terpaksalah kita semua pendam perasaan huhu. Takpe dapat nengok gambar Be@rbrick Gundam pun jadik le.
0 comments

Katoki Hajime: Pereka Model Gundam Bandai "Ver-Ka"

Thursday, February 10, 2011

Tok Guru Sempoi
Rakan-rakan tahu apa yang dimaksudkan dengan 'Ver-Ka' yang tertera pada  kotak setiap model Gundam? 

Sebelum itu Awanz J perkenalkan salah seorang Tok Guru  modeler bernama Hajime Katoki. Beliau adalah pakar dalam rekaan mekanikal. Dilahirkan pada 1963 bakat beliau dalam penciptaan model Gundam mula diiktiraf oleh Bandai. Sifat beliau yang menekankan penelitian pada perincian dan pakar didalam menyeimbangkan pembahagian anatomi robot telah menarik minat Bandai. Beliau telah ditugaskan untuk menaik taraf dan memodifikasikan model Gundam. 

Sebagai pengiktirafan kepada bakat  beliau pihak Bandai telah mengeluarkan siri model plastik Gundam 'Ver Ka'  @ Versi Katoki khusus bersempena nama Hajime Katoki
 
Model Ver Ka biasanya dikeluarkan dalam siri Master Grade 1/100 dan ia merujuk kepada produk dimana Katoki adalah pereka dan, pengarah model tersebut. Ini bermakna beliau secara peribadi memantau proses pembuatan model tersebut terutama skema warna yang digunapakai. 
 
Ringkasnya Ver Ka adalah hasil tangan peribadi beliau. Selain daripada itu Katoki juga aktif didalam rekaan permainan komputer antaranya 'Virtual On' dan filem animasi 'Patlabour 2'.

Gundam sedia untuk berlepas
Rekaan Katoki sinonim dengan sifat tegap dan teguh mecha atau Gundam. Lukisan diorama Katoki memberi gambaran  realiti Gundam sekiranya wujud di bumi. Menurut beliau dengan mengambarkan Gundam dialam nyata, ia dapat membantu manusia menghayati, memahami dan seterusnya menerima kehadiran Gundam di muka bumi kelak. 
 
Berikut adalah antara hasil ilustrasi Hajime Katoki yang realistik bertahap dunia.
RX78 2 diselenggara di lapangan terbang
Memelihara keamanan di pasar air Hong Kong


Jalan di tutup: Kerja menaiktaraf sedang berjalan
0 comments

Gundam Tiruan China

Tuesday, January 25, 2011

Baru-baru ini sebuah Taman Tema di Sichuan China dengan tanpa segan silu menciplak robot saiz sebenar Gundam. Jurucakap Taman tema tersebut dengan tegas mengatakan robot barwarna kuning tersebut bukan Gundam. Ia sekeras-keras menafikan sebarang persamaan dengan Gundam dan menegaskan ia adalah rekaan pemilik Taman tema itu sendiri.

Tugasan murid-murid pada hari ini adalah untuk mencari perbezaan antara yang Gundam palsu dan yang tulen:-


Daripada celahan dedaun  pokok robot buatan China cuba menyakinkan kita bahawa rekabentuk robot ini adalah tulen tanpa sebarang peniruan daripada mana-mana. (Iye ke?) 
Namun adakah keterangan pereka robot China disini boleh diterima bulat-bulat?! Adakah anda dapat membuat perbezaan antara kaca denga permata?.
Saya tulen bang...
Kesimpulannya, didunia ini manusia ada bermacam-macam perangai. Ada yang masih berkeras cuba menegakkan benang yang basah. Ada insan yang tidak mengaku salah walaupun ia sudah terang lagi bersuluh. Ada manusia yang tidak merasa bersalah walaupun telah mencuri hakcipta orang lain.

Ringkasnya 'Hanya Jauhari yang mengenal Manikam'
 
0 comments

Animasi Terbaru Gundam: Gunpla Builders

Thursday, January 20, 2011

Mari sama-sama bina Gundam
Pengumuman kepada anda 'penggila' Gunpla semua. Setelah sekian lama kita asyik mempraktikkan kemahiran membina model plastik gundam akhirnya amalan dan hobi kita diiktiraf oleh anime Jepun. Buat julung kalinya pada Ogos 2010 siri animasi mengangkat seorang Gunpla sebagai protagonis/ hero. Sunrise telah melancarkan siri terbaru Gundam yang dikenali sebagai 'GUNPLA BUILDERS; Begining G'

Ia mengisahkan seorang budak bernama Hal Irei yang memasuki dunia  pertarungan  model Gundam setelah dipertemukan dengan model sakti bernama 'Beginning Gundam'. Sedikit demi sedikit Hal Irei memperolehi 'kuasa membina model plastik Gundam'. Model tersebut seterusnya  dimodifikasikan bagi menambah kuasa dan seterusnya bertarung dengan model Gunpla yang lain.
Sekali imbas jalan ceritanya ditujukan untuk kanak-kanak. Tiada pertikaian politik, agama dan falsafah keamanan diketengahkan. Namun ia sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh golongan dewasa yang ingin mendalami teknik modifikasi Gunpla. 
 
Kanak-kanak yang biasanya hanya terdedah dengan animasi berunsur pertarungan yo-yo, kereta kawalan jauh dan kad-kad pertarungan maya kini diajar tentang teknik menaik taraf model Gundam.  Teknik membina Gunpla sememangnya sesuatu yang menarik dan luas untuk dipelajari semua.

Animasi Gundam untuk Gunpla! Pengiktirafan untuk kita semua penggila Gundam. Rancangan animasi ini semestinya diiktiraf dan digalakkan sebagai kokurikulum Sekolah Gundam.
 

Iklan

Some Contents