Ketika melancong di Pasar Seni Awanz tertarik dengan pelbagai lukisan yang dipamerkan. Nilai hasil seni tersebut bukan calang-calang oleh itu hanya golongan berada mampu memilikinya. Dalam masa yang sama tercari-cari juga sekiranya ada seniman yang menghasilkan karya bermotifkan Gundam.
Setelah puas meneroka kesemua gerai memang sah tiada satu pun lukisan Gundam. Mungkinkah Gundam tidak dianggap sebagai karya seni yang sesuai untuk dipamerkan di Galeri Seni? Atau para seniman beraggapan tiada peminat Gundam akan membeli lukisan robot Gundam? Atau mungkinkah istilah 'robot' tidak sesuai untuk digabungkan dengan karya tradisional?
Namun pada 2005 seorang seniman Jepun bernama Hisashi Tenmyouya secara kreatif telah menghasilkan karya Gundam hasil gabungan unsur moden dan tradisional. Lukisan tersebut yang dinamakan "GUNDAM: Generating Futures" mengambarkan semangat juang dan tradisi samurai pada 'mobile suit' Gundam.
Karya tersebut seterusnya dipamerkan di Suntory Museum, Ueno Royal Museum dan sebagainya sebelum akhirnya dijual pada harga USD $615,000-00!. Karya Gundam klasik dengan identiti Jepun.
Karya tersebut seterusnya dipamerkan di Suntory Museum, Ueno Royal Museum dan sebagainya sebelum akhirnya dijual pada harga USD $615,000-00!. Karya Gundam klasik dengan identiti Jepun.
Awanz percaya Gundam mempunyai peminat tersendiri. Alangkah baiknya sekiranya ada seniman menghasilkan lukisan Gundam dengan ciri tradisional tempatan... Siapa tahu ada Gunpla fanatik yang sanggup berhabis untuk membeli karya tersebut.
0 comments:
Post a Comment