Jadual Matapelajaran Harian 2011

  • Watak animasi
  • Tahukah Anda?
  • Sertai Blog & Hadiah
  • Kuiz & Hadiah
  • Definasi Gundam
  • Cara membina Model Aksi
0 comments

Selamat Datang 2011

Friday, December 31, 2010

Begitu pantas masa berlalu. Beberapa detik lagi 2010 akan meninggalkan kita. Pelbagai peristiwa kini akan menjadi kenangan. Pengalaman yang akan mengajar kita melalui hari yang mendatang. Kepada Gunpla diucapkan selamat bergembira dengan hobi yang unik ini.
Sinar mentari 2011 muncul
Hobi Gunpla bukan sia-sia. Ia menguji keupayaan minda dalam berkarya dan berfikiran kreatif. Daya imaginasi yang dipertingkatkan pasti tidak ternilai harganya. Tahun 2011 Awanz akan menghidangkan rakan-rakan semua dengan maklumat yang lebih tentang Gundam. Isi kandungan blog akan dimantapkan dan dipenuhi dengan informasi terkini Gundam. 

Sebenarnya tidak perlu Awanz janjikan apa-apa. Azam 'School of Gundam 2011' adalah mudah: Mata pelajaran Gunpla dan Gundam didalam Sekolah Gundam akan dinaik tarafkan. Lebih banyak kegiatan ko-kurikulum Gundam. Jangan ponteng sekolah kelak anda yang rugi. Baris lurus!
SELAMAT TAHUN BARU 2011 
Sesi Persekolahan Baru Dibuka

0 comments

Kita Juara Asia

Wednesday, December 29, 2010

Don't MESS with Me!
Penantian kini berakhir. Tahniah pasukan bolasepak negara kerana mengharumkan negara apabila membenam Indonesia 4-2 pada perlawanan akhir Piala Suzuki. Pujian menggunung khusus buat penjaga gawang Khairul Fahmi atas persembahan mantap. Tiada yang lebih manis apabila Safie Sali mematikan semangat Indonesia dengan jaringan padu. 

Kini Gundam Skull yang mewakili Malaysia dalam siri Gundam Fighter bukan lagi robot belasahan. Gundam Skull adalah pencabar yang digeruni dan mampu menewaskan lawan ternama.
Juara AFC Suzuki Cup 2010 bergaya sakan
Kemenangan ini menaikkan jati diri rakyat Malaysia. Ia adalah titik permulaan kepada kegemilangan bola sepak negara. Bersama kita nikmati detik manis ini. Kini kita boleh memandang ke masa hadapan yang semakin cerah. HIDUP HARIMAU MUDA!
0 comments

RX 78-3: Lahir dari Debu

Thursday, July 22, 2010

Ketika pencerobohan Zeon di Sektor 7 pada 0079 UC, sebenarnya Zeon telah mengetahui pencipataan rahsia 3 model RX78-2 Gundam oleh Earth Federation. 

Sejurus sebelum diserang Zeon, Tem Ray iaitu saintis yang membangunkan projek Gundum G sedang dalam proses memindahkan 3 model RX78-2 tersebut daripada Sektor 7 ke dalam kapal induk Earth Federation iaitu White Base.

Serang hendap oleh Zeon berjaya menyekat proses pemindahan tersebut. Lebih malang lagi 2 model RX78-2 yang belum berfungsi telah berjaya dihancurkan oleh Zeon. Amuro Ray hanya berjaya mengawal dan menyelamatkan 1 model RX78-2 sahaja. Anda pasti tertanya-tanya apa yang berlaku pada 2 model RX78-2 yang hancur tersebut?

Setelah RX78-2 Amuro Ray berjaya menyekat serangan mobile suit Zeon, Earth Federation telah mengutip saki baki 2 model RX78-2 yang hancur tersebut dan dibawa ke IbuPejabatnya di Jaburo.  

2 model hancur tersebut seterusnya digabungkan dan diubahsuai. Ringkasnya model tersebut dipertingkatkan keupayaannya dan dinamakan RX78-3 Gundam atau 'G-3'. Model terbaru ini lebih fleksibel dan lebih mudah untuk dikendalikan kerana sendi-sendinya dicaskan dengan 'elekro-magnetic'. Ia lebih responsif kepada tindakbalas pemandu sebanyak 30%. Rekabentuk RX78-3 sama dengan RX78-2 kecuali pada tona warna yang menggabungkan biru dan kelabu.

RX78-3 sebenarnya hanya model Gundam khusus digunakan didalam makmal bagi menguji kebolehan RX78-2. Amuro Ray hanya menggunakan model ini setelah RX78-2 dimusnahkan oleh Zeon Newtype Lalah Sune. 

Umur RX78-3 tidak panjang kerana ia seterusnya dikalahkan oleh Dom Skuad yang diketuai oleh Char's Rick.        
0 comments

Telefon Bimbit Eksklusif Gundam

Wednesday, July 21, 2010

Teknologi telefon bimbit berkembang pesat dengan fungsi seperti Wi-fi, GPS dan lain-lain. Terbaru adalah fungsi skrin sesentuh i-phone daripada Apple. 

Namun bagi peminat setia Gundam hanya ada 1 telefon bimbit yang menjadi IDAMAN HATI. Sempena ulangtahun ke-30 Gundam syarikat telekomunikasi Jepun Softbank memperkenalkan telefon bimbit model 945SH G Ver. GP30.
Sekali imbas telefon bimbit ini kelihatan seperti perisai versi dipertingkat RX78-2. Ia tampak kukuh dan kental dengan warna merah menyala. Cuba bayangkan anda ke sekolah dengan telefon bimbit Gundam... (fuh mesti gempak punya)

Didatangkan dalam warna putih dan hitam ia adalah deklarasi teragung pada dunia bahawa anda adalah peminat setia Gundam. Telefon yang dilengkapi kamera 12.1 megapixel, paparan skrin bersaiz 3.4 inci, 'ringtone' dan perisian  Gundam. 

Percayalah telefon bimbit ini memang unik.  Ciri  yang paling menonjol dan sekaligus  menjadikan  ia sebagai gadjet mesti dimiliki adalah; Pengecas telefon bimbit dihiasi RX78-2 bersaiz 1/100!
Jangan risau, keselamatan h/p anda dijaga rapi oleh RX-78
Gabungan Gundam dan Softbank jelas menghasilkan telefon bimbit ekslusif yang unik dan tidak lapuk ditelan zaman. Walaupun spesifikasi yang ditonjolkan tidak secanggih i-phone namun ciri-ciri sampingan seperti rekabentuk dan stiker jelas menjadikan ia bukan sekadar telefon bimbit. Ia adalah 'collectors item' dan satu legasi.    

Kalaulah aku dapat telefon bimbit Gundam... Nikmatnya.   
0 comments

Santai di Gundam Cafe

Tuesday, July 20, 2010

Animasi Gundam membawa kita ke alam futuristik fantasi. Kita dihidangkan dengan imaginasi cara hidup manusia di koloni angkasa lepas atau diatas kapal induk. Teknologi canggih,  uniform beragam dan gadget dalam animasi tersebut kini boleh dirasai sendiri dengan berkunjung ke Kafe Gundam.


Kafe yang dilancarkan pada 24 April 2010 oleh Bandai Ltd Co dibuka kepada peminat animasi Gundam. Daripada struktur binaan, hiasan perabot sehinggalah peralatan makanan semuanya bertemakan kehidupan di koloni angkasa lepas Earth Federation.

Menu makanan ala barat yang disajikan pula berdasarkan watak hero Gundam umpamanya "Amuro Rey Pilot launch set". Lebih menarik lagi pelayan kaunter dan pekerja kafe juga mengenakan uniform rasmi Gundam.

Sambil menikmati juadah anda boleh menonton siri animasi Gundam yang ditayangkan menerusi skrin besar dipelbagai sudut kafe. Paling menarik adalah pemeran model Gunpla yang dihiasi pada dinding kafe. Ringkasnya jika anda ingin merasai kelainan 'meng-teh' dengan bersantai umpama anggota Earth Federation, sila berkunjung ke Gundam Cafe di Akhibara, Tokyo (mak oii jauhnya nak kena pergi meng'teh')

  
Kopi ni saya yang bancuh hehe



JOM Meng-TEH di Gundam Cafe!
Jaga Kafe Gundam




0 comments

Skala 1:12 Pendamping Anda

Wednesday, July 14, 2010

Pernahkah anda bermimpi berjalan seiring dengan Gundam? Beriadah di taman sambil ditemani Gundam?  Meminta Gundam supaya menjaga rumah anda? Atau berjalan keluar daripada bank dengan dikawal oleh Gundam sebagai 'body guard'?. Lebih gempak lagi apabila tetamu rumah anda disambut oleh Gundam di pintu masuk rumah anda!
Hi, perkenalkan kawan baru saya hihi
Kini anda tidak perlu berfantasi lagi kerana Bandai telah mengeluarkan Gundam bersaiz manusia sebenar. Skala 1:12 ini hanya dikeluarkan untuk 2 model sahaja iaitu RX-78 2 dan Char Zaku Commander Type. Gundam setinggi lebih kurang 5 kaki (1.5 meter) ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kepala, badan dan kaki. Gundam ini tidak fleksible dan hanya boleh diubahsuai pada bahagian tangan sahaja. Model ini mudah dipasang tanpa sebarang keperluan untuk mengecat. Ia memang tersedia cantik untuk terus dipertontonkan kepada umum.

Gundam berskala 1:12 ditujukan kepada penganjur pesta, konvensyen dan pemilik kedai hobi. Namun sekiranya anda benar-benar seorang yang fanatik dan berkemampuan tiada siapa dapat menghalang anda memiliki skala Gundam yang agung ini. Pada sambutan Hari Raya nanti anda pasti berbangga apabila mendapati semua tetamu terlopong memerhatikan RX-78 2 di ruang tamu rumah anda.
0 comments

Gundam TORO: Juara World Cup 2010

Tuesday, July 13, 2010

Akhirnya setelah berhempas pulas bertarung diantara negara-negara selama lebih 1 bulan bagi merebut Piala Dunia 2010, pada 12.7.2010 dengan rasmi SEPANYOL dinobatkan sebagai juara.  

Gundam Toro yang mewakili Sepanyol dalam siri animasi Mobile Fighter G Gundam, kini boleh berbangga kerana berjaya menewaskan negara lain. Imej seladang ganas yang membentuk identiti Gundam Toro berjaya menanduk dan menepis setiap halangan yang cuba menafikan kejuarannya. 

Kejayaan Sepanyol sangat unik kerana ia juga merupakan penyandang juara Kejohanan EURO 2008. Sepanyol yang mengadaptasi gaya samba dan 'total footbal' jelas merupakan pasukan pilihan dan memiliki corak permainan yang paling memukau. Kejayaan menumpaskan German pada separuh akhir dan seterusnya mengalahkan Holland pada perlawanan akhir membuktikan kehebatan Sepanyol. 

Barisan penyerang  seperti David Villa dan Pedro (Torres malangnya tidak menyinar) , perancang seperti Fabregas, Xavi, Iniesta dan pertahanan kental diketuai Puyol dan Cassilas, maka jelas pasukan La Roja ini tidak mampu ditewaskan oleh pasukan lain. Sepanyol juga dinobatkan sebagai pasukan paling baik (fair play) kerana paling sedikit menerima kad kuning.

Gundam Toro, lihatlah piala yang kita menang!

Sebenarnya jika diteliti kemenangan Sepanyol dibantu oleh kekuatan kelab Barcelona dan Real Madrid. Dengan kehadiran 7 pemain Barcelona dan 4 pemain Real Madrid mewakili Sepanyol, tidak salah jika disimpulkan bahawa 2 kelab ini telah berjaya mengalahkan seluruh negara didunia.  Sekali lagi VIVA VIVA Gundam Toro! Sebelum terlupa; Tahniah kepada Paul Si Sotong "Ramalan mu benar belaka"...
0 comments

Piala Dunia versi Gundam

Sunday, July 11, 2010

Bahang perlawanan akhir Piala Dunia 2010 antara Sepanyol menentang Belanda bagai buku bertemu ruas. Pertarungan 2 negara sebenarnya adalah sesuatu yang asing dalam animasi Gundam. Animasi Gundam cenderung mewujudkan konflik pertembungan antara puak/ negara rekaan seperti Earth Faderation, ZAFT, Innovator dan lain-lain. Hal ini mungkin bagi mengelakkan kontroversi timbul. Satu-satunya animasi Gundam yang mengetengahkan idea pertarungan antara negara adalah Mobile Fighter G Gundam. 

G Gundam mengisahkan perpindahan penduduk dunia ke koloni angkasa setelah bumi tercemar teruk pada tahun 60 F.C. Penduduk dunia tinggal di koloni negara masing-masing. Bagi menentukan pemimpin kesemua koloni, dunia bersetuju agar pertarungan antara Gundam negara masing-masing diadakan. Kini bumi yang telah tercemar dijadikan sebagai gelanggang pertarungan.

Idea G Gundam dengan Piala Dunia hampir sama. Gundam 1 negara melawan negara yang lain. Pertarungan saringan diadakan selama 11 bulan sehinggalah perlawanan peringkat kumpulan (League Final) diadakan antara Gundam yang masih bertahan. Seterusnya 10 Gundam terbaik akan mengharungi peringkat kalah mati (Battle Royal). Akhirnya juara Gundam akan ditabalkan sebagai 'Gundam of Gundams' dan negara yang diwakilinya akan menjadi ketua koloni.

Ciri menarik G Gundam adalah pada rekabentuk Gundam yang menonjolkan identiti negara seumpama pemakaian jersi. Undang-undang pertarungan juga seakan perlawanan bola kerana Gundam dilarang menghina maruah negara lawan. Gundam dilarang menyerang bahagian sensitif robot iaitu kokpit pemandu. Gundam yang cedera pula boleh dirawat dan penduduk koloni boleh mendapat liputan pertarungan di televisyen secara langsung. 

Sekiranya Piala Dunia adalah medan pertarungan G Gundam, berikut adalah pencapaian Gundam pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan:-
Shining Gundam (Jepun): Wakil asia yang membanggakan. Kecil cili api. Honda membuktikan wibawa selaku penyerang berbisa mengalahkan pasukan eropah. Berjaya melepasi peringkat kumpulan dan hanya kalah pada Paraguay menerusi penalti.
Gundam Rose (Perancis): Konflik dalaman antara pemain dengan jurulatih. Tidak melepasi peringkat kumpulan dan kalah pasukan kerdil.
  
Gundam Jester (Portugal): Samba  eropah. Walaupun menang besar kepada Korea Utara, Cristiano Ronaldo gagal memancu pasukan melepasi suku akhir.
Gundam Neros (Itali): Juara Dunia bertahan yang gigit jari kerana mengekalkan pemain tua. Canavaro gagal memacu pasukan melepasi peringkat kumpulan. Serangan sangat tumpul dan tewas memalukan kepada Slovakia.


Gundam Royal (England): Pasukan 'glamour' yang ego. Hilang kapten apabila Ferdinand cedera sebelum pertandingan. Pemain bertindak secara individu dan mempamerkan corak permainan membosankan. Capelo  tiada penjelasan prestasi buruk. Kalah teruk kepada Jerman.
Gundam Shadow (Jerman): Pakar taktik serangan balas. Muda dan bertenaga walaupun tanpa nama besar. Klose penjaring terbanyak .  Ozil menempa nama. Podolski mengancam dan menang besar keatas England dan Argentina. Pasukan terhebat! Pemenang tempat ke-3.

Gundam Toro (Sepanyol) vs Gundam Huricane (Holland). Tidak pernah memenangi Piala Dunia. Dibarisi pemain muda ternama. Pertarungan peribadi Villa melawan Sneijder bagi Kasut Emas. 7 pemain Barcelona dalam Sepanyol manakala gandingan Robben & Sneijder sangat praktikal.  

Juara Piala Dunia 2010 yang diramalkan oleh Paul si Sotong adalah Sepanyol. Dapatkan Holland menewaskan ramalan Paul. Awanz cuma ingin melaungkan 'Hidup Orange!'
0 comments

Seni Lukisan Gundam Tradisional

Sunday, July 4, 2010

Ketika melancong di Pasar Seni Awanz tertarik dengan pelbagai lukisan yang dipamerkan. Nilai hasil seni tersebut bukan calang-calang oleh itu hanya golongan berada mampu memilikinya. Dalam masa yang sama tercari-cari juga sekiranya ada seniman yang  menghasilkan karya bermotifkan Gundam. 
Setelah puas meneroka kesemua gerai memang sah tiada satu pun lukisan Gundam. Mungkinkah Gundam tidak dianggap sebagai karya seni yang sesuai untuk dipamerkan di Galeri Seni? Atau para seniman beraggapan tiada  peminat Gundam akan membeli lukisan robot Gundam? Atau mungkinkah istilah 'robot' tidak sesuai untuk digabungkan dengan karya tradisional?
Namun pada 2005 seorang seniman Jepun bernama Hisashi Tenmyouya secara kreatif telah menghasilkan karya Gundam hasil gabungan unsur moden dan tradisional. Lukisan tersebut yang dinamakan "GUNDAM: Generating Futures" mengambarkan semangat juang dan tradisi samurai pada 'mobile suit' Gundam. 

Karya tersebut seterusnya dipamerkan di Suntory Museum, Ueno Royal Museum dan sebagainya sebelum akhirnya dijual pada harga USD $615,000-00!. Karya Gundam klasik dengan identiti Jepun.

Awanz percaya Gundam mempunyai peminat tersendiri. Alangkah baiknya sekiranya ada seniman menghasilkan lukisan Gundam dengan ciri tradisional tempatan... Siapa tahu ada Gunpla fanatik yang sanggup berhabis untuk membeli karya tersebut.         
1 comments

Gundam Termahal Didunia

Wednesday, June 30, 2010

Mesti jadi Jutawan baru boleh beli saya hehe
Bersempena dengan Expo Basel World 2007 iaitu Pameran Jam dan Barang Kemas Terbesar Sedunia di Basel, Switzerland, Bandai Co Ltd dengan beraninya mengumumkan usahasama dengan Ginza Tanaka Jewelery untuk  menghasilkan "GUNDAM FIX PLATINUM"!

Strategi Bandai sebenarnya sangat bijak kerana ia berjaya mempromosikan Gundam kepada dunia golongan elit. Gundam RX-78 2 dalam versi platinum tulen berwarna perak cerah memberi simbol entiti Gundam yang tidak dimamah usia, tulen, prestig dan unggul. Gundam Fix Platinum hasil cantuman 89 bahagian anggota badan  pula membuktikan ketelitian dan hasil seni yang tidak ternilai.     

Gundam Fix Platinum tidak ditawarkan untuk dijual namun anggaran harga pasarannya adalah 30 million yen (sekitar  US$250,000). Ia adalah produk Gundam termahal dan paling unik. Ia diperbuat daripada 1,400 gram platinum tulen. Model ini yang direka dan diilhamkan oleh Hajime Katoki sendiri mengambil masa 2 tahun untuk diciptakan. Model ini adalah setinggi 125 mm dan seberat 1.4kg. Selain daripada stuktur binaan model ini yang diperbuat daripada platinum bahagian sisi kepala pula ditakhtakan dengan berlian 0.15 karat

Gudam termahal ini dipamerkan daripada 12 hingga 19 April 2007 dan seterusnya akan disimpan oleh Bandai. Awanz percaya model ini pasti mendapat perhatian dan komen yang positif daripada golongan atasan. Moga-moga ada antara kita yang mampu memilikinya satu hari nanti hehe.


0 comments

Bandai & Namco bergabung: Trans Am?

Monday, June 28, 2010

Bandai dan Namco adalah 2 nama gergasi dalam bidang tersendiri. Bandai terkenal dengan produk animasi, plasitik modeling dan siri television watak terkenal seperti Ultraman dan Masked Rider. Namco pula merupakan nama besar disebalik produk permainan video seperti siri Tekken dan Resident Evil.

Pada 29hb September 2005 Bandai dan Namco bersatu sebagai rakan kongsi dibawah nama Namco Bandai Holdings Incorporated. Motif penggabungan adalah kerana pengucupan jumlah pelanggan, kos pengeluaran yang tinggi dan trend terkini pasaran yang mahukan produk murah tetapi berkualiti. Namun adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila kenyataan bersama Namco Bandai tentang penggabungan tersebut iaitu:-

"In the entertainment industry worldwide, global competition has intensified as technological innovations spur the expansion and widespread penetration of information technology networks. In addition, in the domestic Japanese market, the number of children has been decreasing due to declining birth rates, and people's hobbies and interests have diversified. In order to continue to secure sustained profits, we believe we must win customers by aggressively promoting research and development and creating and providing attractive products and services,"


Adakah benar bilangan pelanggan produk Bandai semakin berkurangan? Adakah benar bilangan kanak-kanak yang meminati produk berasaskan hobi semakin kurang? Apa yang pasti pihak Bandai sendiri mengakui akan hal ini. Maka sebagai peminat Gunpla marilah kita bersama-sama bersatu hati dan usaha dalam menyebarkan minat dalam hobi Gunpla ini. 

Dalam situasi ekonomi yang merudum ia akan menjadi mimpi ngeri sekiranya Bandai lenyap akibat mengalami kerugian.

Penggabungan Bandai dan Namco sebenarnya adalah kaedah terbaik bagi meningkatkan kuasa. Penggabungan ini umpama sumber kuasa baru kepada Gundam OO. Disaat Gundam  Exia semakin lemah akibat diasak Innovators dan Earth Alliance tiba-tiba terpancar kuasa simpanan senjata sulit ciptaan Areleo Schrunberg: Kuasa TRANS AM diaktifkan!
Yeehaaaa!!
     
0 comments

Runut lagu Terbaik Gundam

Sunday, June 27, 2010

"Andai dipisah lagu dan irama. Hidup tiada berjiwa, hampa" 
Tan Sri P.Ramlee
Siri animasi Gundam sentiasa dihiasi dengan runut bunyi yang pelbagai. Runut bunyi penting bagi membangkitkan emosi watak, suasana dan menyampaikan masej dengan lebih berkesan. Pemilihan runut bunyi siri Gundam dilakukan secara terperinci. Jika anda berpendapat pemilihan lagu dibuat secara tangkap muat, fikirkan semula!
Runut bunyi siri Gundam biasanya dinyanyikan oleh artis rakaman ternama Jepun. Kumpulan rock Jepun yang sememangnya kaya dengan gaya J-Pop menambah karektor pada lagu siri Gundam. Awanz percaya setiap peminat Gundam mempunyai lagu siri Gundam kegemaran masing-masing.
Stylo with brain
Bagi Awanz runut bunyi terbaik Gundam adalah lagu tema pembukaan siri Gundam OO Season 1. Single bertajuk 'DAYBREAK'S BELL' dinyanyikan oleh Le'Arc~en~Ciel pada 10.10.2007 telah menduduki tangga teratas carta Oricon Japan. Le'Arc~en~Ciel (bermaksud Pelangai dalam bahasa Perancis) dianggotai oleh Hyde, Tetsuya, Ken dan Yukihiro merupakan kumpulan rock terkenal Jepun dengan penjualan melebihi 13 juta album. Mereka juga terkenal dengan runut bunyi bagi siri animasi Fullmetal Alchmeist bertajuk 'Ready, Steady, Go' dan game Devil May Cry 4 bertajuk 'Drink it Down'.  Awanz dengan ini menganugerahkan Runut lagu Terbaik Gundam kepada .... Enjoy!



0 comments

Skala 1:144 Evolusi Gundam

Saturday, June 26, 2010



Skala versi 1:144 adalah perintis  atau pemula kepada model plastik Gundam. Ia wujud sejak 1980 dan setelah lebih 30 tahun versi ini telah melalui proses evolusi.

Model RX 78-2 berskala 1:144 adalah yang pertama dikeluarkan Bandai secara terhad bersempena siri animasi Mobile Suit Gundam. Ia sukar dicantum-pasangkan. Pergerakan sendi juga terhad dan perlu menggunakan gam bagi menyempurnakan model tersebut. Ia dikeluarkan dalam format satu warna dan atas kekurangannya ia dikenali sebagai 'NO GRADE' (NG).


Seterusnya pada awal 1980an model 1:144 versi FIRST GRADE (FG) diperkenalkan. Dengan rekabentuk yang diperkemas dan pergerakan sendi yang lebih fleksible ia menjadi kegilaan baru Gunpla. Namun kekurangan ketara pada versi ini adalah cantuman sendi yang kasar. Versi ini hanya menpunyai warna asas karektor Gundam dan oleh itu ia tidak perlu diwarnakan. Hanya 3 model dikeluarkan Bandai iaitu RX 78-2, Zaku II dan Zaku II Commander Type.

Dari masa ke semasa Bandai terus membuat penyelidikan memperbaiki model Gundam. Usaha mereka membuahkan hasil apabila pada 1990 teknologi bancuhan plastik terutama rekaan 'poly cap' dibahagian sendi gundam diperkenalkan.  Polycaps menjadikan model lebih fleksible. Kini bancuhan plastik yang menggunakan teknologi 'System Injection' membolehkan berbagai warna diadaptasikan pada model. Maka lahirlah versi HIGH GRADE (HG) yang mudah dicantumkan tanpa penggunaan gam dan fleksibel. 

Ciri yang paling utama versi HG adalah rekaan bahagian dalaman (inner frame) dan bahagian luaran (outer frame). Dengan rekaan tersebut model Gundam lebih realistik dan mudah digayakan mengikut citarasa Gunpla.

Kini versi HG adalah sinonim dengan skala 1:144. Versi HG yang dikeluarkan oleh Bandai adalah seperti berikut:-
  1. High Grade Universal Century (HGUC)
  2. High Grade Gundam Seed
  3. High Grade Gundam Seed MSV
  4. High Grade Fighting Action
  5. High Grade Gundam OO
0 comments

Gundam Rising: Siri 1 Mobile Suit Gundam

Friday, June 25, 2010

Rakan-rakan semua, nak tahu bagaimana cerita Gundam bermula?

Pada suatu hari (hehe macam pertandingan bercerita plak) 3 robot milik Zeon sedang mengintip Sektor 7 Earth Federation. Ia terserempak dengan Gundam rahsia yang baru dicipta Earth Federation. 

Pada masa yang sama Tem Ray iaitu saintis yang mencipta teknologi Gundam sedang sibuk melakukan kerja pemindahan Gundam ke dalam kapal induk White Base

Char Aznable selaku panglima Zeon percaya bahawa Gundam  rahsia tersebut adalah hasil  'Projek  V' oleh Earth Federation. Char Aznable mengarahkan 3 robot Zeon memusnahkan Gundam.

Zeon mula membuat serangan ganas terhadap Gundam dan orang awam di Sektor 7. Amuro Ray menyaksikan sendiri kekejaman Zeon dan dalam kekecohan beliau terjumpa buku manual mengendalikan Gundam. 

Berpandukan buku tersebut Amuro Ray nekad memasuki kokpit Gundam RX-78 2 dan bertarung dengan Zeon. Robot Zeon ditewaskan menggunakan teknik ala 'judo' dan pedang siber.

Ketika RX-78 2 memenangi pertarungan tersebut Char Aznable mula sedar kehebatan Gundam dan betapa Zeon telah memandang rendah Gundam.

Maka bermulalah LAGENDA GUNDAM...

0 comments

Mobile Suit Gundam (versi USA) di serang 11 September

Walaupun siri animasi Mobile Suit Gundam (MSG) telah diperkenalkan di Jepun sejak 1979, ia sebenarnya tidak pernah dialih ke bahasa Inggeris sehinggalah pada tahun 2001. Tanggal 23 Julai 2001, Cartoon Network secara rasmi membuat tayangan perdana siri MSG versi bahasa Inggeris di USA. 

Ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat animasi namun tanpa disangka-sangka angkara peristiwa 11 September 2001 siri animasi MSG dihentikan siarannya serta merta!.

Dengan runtuhnya Menara Pusat Perdagangan US kerajaan Amerika memberi arahan agar segala rancangan television yang mempunyai unsur peperangan dan keganasan dihentikan. Sehingga kini siri MSG tidak disambung semula siarannya oleh Cartoon Network. Agak pelik bagaimana animasi MSG yang menggunakan teknologi tahun 1980an  dianggap ganas oleh Amerika. Mungkinkah wujud teori konspirasi?

Hal ini terus menjadi misteri lebih-lebih lagi pada 8 Jun 2002 siri MSG cuba disiarkan semula oleh Cartoon Network tetapi sekali lagi tanpa sebarang alasan yang munasabah ia ditarik balik siarannya.  

Hingga kini tiada sebarang penerangan tentang sebab nasib malang yang menimpa MSG. Para peminat MSG di Amerika menggelarkan peristiwa 11 September 2001 sebagai konspirasi dan 'pembunuh sebenar Mobile Suit Gundam'.
0 comments

Michael Jackson Lagenda dan fantasi Mecha

Thursday, June 24, 2010

MJ versi robotik
Tanggal 25hb Jun 2009 sentiasa dikenang sebagai tarikh dunia meratapi pemergian penghibur lagenda Michael Jackson. Pada hari ini genap setahun kematian beliau. MJ lahir pada 29.8.1958 meninggal dunia seawal usia 51 tahun. Sejarah hidup beliau dipenuhi warna warni kejayaan, kontroversi dan fantasi. Kisah hidup MJ sebenarnya adalah satu tragedi insan yang mengorbankan usia kanak-kanak bagi mengejar kekayaan. 

Namun daripada sudut positif fantasi MJ sebagai peminat Mecha telah mendedahkan dunia kepada peranan robot didalam menangkis anasir jahat. Pada 1987 menerusi filem 'Moonwalker' MJ mendedahkan kepada dunia minat dan fantasinya terhadap teknologi robotik/ mecha (seumpama Gundam) sebagai senjata canggih terampuh untuk menewaskan lawan. 

MJ difilemkan bertukar kepada Mecha lengkap bersenjata bazooka, mesingan dan roket. Proses transformasi MJ kepada robot sangat canggih  dan realistik.  Robot MJ seterusnya bertukar menjadi jet pejuang mirip kebolehan Kyros Gundam OO. Mengenangkan fantasi robot MJ seawal tahun 1987 Awanz percaya beliau adalah peminat Mecha dalam kelas tersendiri.
Bersempena dengan ulangtahun pertama pemergian MJ Awanz mengetengahkan sudut MJ sebagai peminat Mecha sejak 1980an lagi. Fantasi MJ benar-benar mendahului zaman. Bersama-sama doakan roh beliau dirahmati. MJ dalam kenangan.


  Michael Jackson - Moonwalker (NTSC/Region 1)
2 comments

Bergembira dengan Gundam Marker

Monday, June 21, 2010

Setiap Gunpla wajib mengetahui kaedah meletakkan butiran perincian pada model plastik. Sekiranya model Gundam tidak diperincikan ia umpama 'langit malam tanpa bintang'. Hilang seri model plastik! dan yang paling menakutkan status Gunpla anda sama taraf dengan rakyat kebanyakan hehe.

Sebenarnya teknik perincian boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat daripada proses mewarna menggunakan cat acrylic sehinggalah kepada kaedah cat semburan. Tahap profesionalisme seseorang Gunpla ditentukan berdasarkan kemahiran proses perincian. Sebagai permulaan Awanz ingin berkongsi kaedah perincian yang paling asas dan paling mudah. Kaedah perincian menggunakan 'Gundam marker'.
Gundam marker adalah pen marker khusus keluaran Bandai, Mr. Hobby. dll yang amat sesuai untuk diaplikasikan pada model plastik. Penggunaan pen marker tersebut meninggalkan kesan khusus yang kekal pada model plastik. Dakwat pen marker tersebut tidak tertanggal daripada model plastik dan cepat kering. Kos Gundam marker juga adalah lebih ekonomi berbanding cat semburan.
Terdapat 3 jenis mata pena Gundam marker iaitu:-
  1. Pen marker 'weathering' (kiri pada foto) berdakwat acrylic dengan mata pena lebar seakan berus. Ia digunakan bagi mewarna permukaan model yang luas. Ia biasanya lebih tertumpu kepada proses mebangkitkan kesan usang, lumut dan karat pada model. Kesan sebegini menunjukkan model Gundam yang lebih realistik umpama Gundam telah dimamah usia.
  2. Pen marker 'panel lining' (tengah pada foto) berdakwat enamel yang dibina dengan mata pena yang sangat halus dan tajam. Ia memudahkan Gunpla untuk melukis dan mewarna garisan halus pada taris panel sudut-sudut model Gundam.
  3. Pen marker berdakwat acrylic (kanan pada foto) yang dibina dengan mata pena yang lebih kasar tetapi lembut umpama berus cat. Ia digunakan bagi mewarnakan permukaan sederhana luas pada model. Ia alternatif terbaik bagi penggunaan cat acrylic. Mudah digunakan berbanding cara konvensional dimana Gunpla tidak perlu mencampurkan cat acrylic dengan 'thinner'.
Gundam marker adalah kaedah praktikal yang mesti dicuba oleh Gunpla modeling yang baru berkecimpung. Disamping itu sekiranya berlaku KESILAPAN ketika mengunakan Gundam marker ia sangat mudah untuk dipadam. Apabila dakwat Gundam marker masih basah hanya bersihkannya dengan menyapu tisu basah. Sekiranya dakwat Gundam marker telah kering bersihkan bahagian yang salah diwarna dengan tisu basah dicampur thinner. Piece of cake.
Berikut adalah produk Gundam Marker dipasaran. Selamat mencuba Awanz percaya ianya berbaloi.
GMS110 Gundam Marker Ultra Fine Set (set of 6)GMS109 Gundam Marker Seed Basic Set (set of 6)GMS105 Gundam Marker Basic Set (set of 6)GMS107 Gundam Marker Weathering Set (set of 6)Gundam Marker SD Gundam Force Set (6 Color Set)GMS114 Gundam Marker Seed Destiny Set #1 (set of 6)GMS-118 Gundam Marker (set of 6)GMS113 Real Touch Marker Set #2 (set of 6)GMS-112 Real Touch Marker Set #1 (set of 6) 
 

Iklan

Some Contents